Tumpuan :
Nasional

7 unit kedai jual ikan perhiasan di Pudu terbakar

Kedai menjual ikan perhiasan di Pudu terbakar malam semalam. FOTO: JBPM

KUALA LUMPUR: Kedai menjual ikan perhiasan membabitkan tujuh unit di Jalan Pudu, Pudu, di sini, terbakar 100 peratus malam semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 9.38 malam melalui Mers999, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Komander Operasi Kanan Salehtul Azmir Abdullah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dibantu BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Bandar Tun Razak ke lokasi kebakaran.

Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan tujuh unit kedai menjual ikan perhiasan.

“Kedai itu musnah 100 peratus dan tiada membabitkan mangsa.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini