comscore
Tumpuan :
Nasional

70 peratus kemalangan maut di Kelantan, babit penunggang, pembonceng motosikal

 

Foto hiasan

GUA MUSANG: 70 peratus kes kemalangan maut yang dicatatkan berlaku dari 1 hingga 26 April lalu di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, peratusan itu diperoleh daripada 40 kes kemalangan maut yang berlaku di negeri ini, sepanjang tempoh berkenaan.

“Saya melihat motosikal penyumbang terbesar apabila daripada 29 kes, 31 orang penunggang motosikal telah meninggal dunia.

“Kita telah mengadakan operasi setiap masa seperti Op Samseng untuk melihat kelakuan mereka di jalan raya yang boleh menyebabkan kemalangan.

“Kita mendapati ada penunggang motosikal buat aksi wheelie yang boleh membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, malam tadi.

Datuk Muhamad Zaki berkata, beberapa kawasan telah dikenal pasti dan polis telah membuat pemantauan terhadap aktiviti berbahaya yang dilakukan penunggang motosikal secara berkumpulan di negeri ini. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini