comscore
Tumpuan :
Nasional

70 peratus pokok tumbang di Pulau Pinang selesai dibersihkan

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Hampir 80 pokok tumbang dan dahan patah yang berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang akibat hujan dan ribut pada semalam dan hari ini telah selesai dialihkan.

31 lagi telah diserahkan kepada pihak kontraktor yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas.

Jurucakap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata, pihaknya telah menerima 110 laporan kejadian pokok tumbang dan dahan patah dari jam 1 pagi semalam hingga jam 5 petang tadi.

“Jumlah aduan yang telah selesai ialah 79, manakala 31 masih belum selesai.

“Aduan yang masih belum selesai berada dalam tindakan, termasuk lantikan kontraktor.

“Juga terdapat dua aduan yang tidak dapat diambil tindakan kerana tiada akses masuk.

“Kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keutamaan dan keselamatan orang awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, tinjauan Buletin TV3 mendapati kerja-kerja pengalihan pokok dan pembersihan jalan raya bermula jam 9 pagi tadi.

Bagaimanapun, aktiviti itu terpaksa dihentikan sementara ketika hujan dan disambung semula apabila cuaca bertambah baik.

Penolong Arkitek Lanskap MBPP, V.Chandrasagaran berkata, pihakya mengutamakan kerja pembersihan di jalan raya bagi melancarkan lalu lintas memandangkan aliran trafik tinggi pada musim cuti sekolah.

“Kawasan-kawasan yang menghalang jalan kami telah uruskan lebih kurang 60 peratus, kami dah siap.

“Yang tinggal adalah kawasan perumahan dalaman yang perlukan akses dan tenaga kerja secara manual untuk uruskan kawasan itu.

“Kita juga menghadapi kekangan untuk memanggil semula pekerja yang berada dalam cuti umum, tetapi ini adalah cabaran yang biasa kami hadapi dan dapat dilaksanakan,” katanya ketika memantau operasi Skuad Pantas MBPP di Bukit Gambir, petang tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini