comscore
Tumpuan :
Nasional

781 kenderaan warga asing disita sepanjang Ops Khas Tahun Baharu Cina

KUALA TERENGGANU: 781 buah kenderaan yang dipandu atau ditunggang oleh warga asing telah disita sepanjang Ops Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di seluruh negara sejak 1 Februari lalu.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan, berkata, kesalahan itu dianggap serius dan dibimbangi boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Menurut beliau, warga asing tiada latihan dan pendedahan membawa kenderaan bermotor di atas jalan raya di negara ini sekaligus meningkatkan risiko berlaku kemalangan.

Justeru itu Lokman mengingatkan pemilik kenderaan agar tidak menjual dan memberi sewa kenderaan kepada warga asing atau berdepan tindakan undang-undang serta disenarai hitam.

“Pihak kami ingin menasihatkan warganegara supaya jangan memberikan kenderaan mereka atau meyewakan atau menjual kenderaan mereka kepada sebarang warga negara asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen untuk memandu jadi kenderaan mereka akan disita dan seterusnya akan diambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau operasi khas berkenaan yang dijalankan sehingga 29 Februari ini di Jambatan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu

Turut hadir Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin.

Lokman menjelaskan, di Terengganu sahaja sebanyak 923 saman dikeluarkan manakala 281 buah kenderaan juga disita membabitkan pemandu atau penunggang warga asing.

Ujarnya, kesalahan tersebut membabitkan 287 warga asing yang turut dikenakan tindakan iaitu 213 warga Myanmar, 63 warga Bangladesh, 6 warga Pakistan dan 5 rakyat Indonesia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini