Tumpuan :
Nasional

8 samseng jalan raya diberkas, 18 motosikal disita

8 penunggang motosikal lelaki ditahan masing-masing berumur 18-20 tahun kerana melakukan aksi berbahaya atas jalan raya hingga boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

JOHOR BAHRU: Lapan samseng jalan raya diberkas dalam operasi khas sempena sambutan tahun baharu, sekitar bandaraya Johor Bahru, tengah malam tadi.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, operasi yang dijalankan bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik bermula jam 5 petang pada 31 Disember dan berakhir jam 5 pagi tadi.

“Sebanyak 91 kenderaan dan 132 individu diperiksa. Daripada jumlah itu 18 buah motosikal telah disita dibawah seksyen 64 Akta Pengangkutan jalanraya 1987 untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, seramai lapan penunggang motosikal lelaki ditahan masing-masing berumur 18-20 tahun kerana melakukan aksi berbahaya atas jalan raya hingga boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksima RM15,000 dan penjara wajib maksima lima tahun.

Dan seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah berada di negara ini.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM10,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya berserta sebatan tidak lebih enam sebatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini