comscore
Tumpuan :
Nasional

81 Kes Tidak Patuh Skim Harga Maksimum

Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor merekodkan 81 kes membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum musim perayaan sempena Tahun Baharu Cina.

Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr Chong Fat Full berkata, kesalahan itu membabitkan 60 kes tidak meletakkan tanda harga dan empat kes menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan KPDNHEP Johor siang tadi, sebanyak 17 kes bagi kesalahan gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu.

Berikutan itu, 81 kes direkodkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP 2011) dengan jumlah kompaun sebanyak lebih RM10,000.

Kira-kira 1,238 pemeriksaan barangan dijalankan di peringkat peruncitan dan pemborong pada 8 hingga 15 Februari di seluruh Johor membabitkan 1,189 pemeriksaan di peringkat peruncit dan 49 pemeriksaan di peringkat pemborong.

Peniaga yang dikesan gagal memaparkan tanda harga dan menjual melebihi harga yang ditetapkan dikenakan tindakan tegas.

Loading...
Terkini