comscore
Tumpuan :
Nasional

82 mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Bangi

 

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Seramai 82 mangsa banjir terdiri daripada 19 keluarga di Kampung Bangi Lama, Bangi, di sini ditempatkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bangi.

Ketua Operasi Zon 4 Hulu Langat JBPM, Shahrin Yusma Mat Yusof, berkata sehingga jam 5 petang tadi,  rondaan dan pemantaun masih lagi dijalankan membabitkan 20 anggota.

“Rondaan membabitkan pasukan gerakan cepat (Red Team Bomba) dan anggota balai di Pos Pengkalan Hadapan Bomba di Kampung Bangi Lama dan Sekolah Kebangsaan Semenyih.

“Ia bagi memastikan risiko lain semasa banjir seperti lemas, renjatan eletrik dapat diminimakan.

“Rondaan turut memastikan semua penghuni mematikan suis utama eletrik selain melarang kanak-kanak untuk bermain air banjir,’ katanya.

Shahrin Yusma yang dihubungi Buletin TV3 berkata, trend air banjir mula menurun pada jam 9.00 pagi tadi.

Menurutnya lagi, operasi bomba akan diteruskan dalam tempoh 24 jam dengan melaksanakan tindakan pengawasan dan pemantauan sekitar kawasan banjir untuk bersedia sebarang kemungkinan.

Mengulas lanjut mengenai kejadian banjir yang berlaku kira-kira 4.20 pagi itu, beliau berkata, banjir berlaku di kawasan Kampung Bangi Lama, Bangi sehingga mencecah kedalaman melebihi dua meter dan mengakibatkan kesemua rumah di kawasan itu terjejas.

“Terdapat mangsa-mangsa yang berpindah segera dengan sendiri ke tempat selamat manakala kira-kira 50 orang mangsa juga dibantu pihak bomba untuk sampai ke lokasi selamat.

“Daripada jumlah itu,  82 orang mangsa yang terperangkap di dalam rumah berjaya diselamatkan bomba dengan menggunakan bot penyelamat,”katanya.

Menurutnya lagi, antara tindakan penyelamatan yang dilaksanakan adalah menurunkan mangsa di tingkat atas bangunan menggunakan laluan beranda, mematikan bekalan kuasa elektrik di rumah-rumah yang ditenggelami air dan nasihat keselamatan kepada orang awam.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini