comscore
Tumpuan :
Nasional

9 kawasan rekod cuaca panas tahap satu

FOTO: MetMalaysia / Twitter

KUALA LUMPUR: Sembilan kawasan merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu di Semenanjung ialah Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan.

Selain di Raub, Bentong, Jerantut, Temerloh, Bera dan Kuantan di Pahang.

Di Sabah pula, hanya kawasan Kinabatangan yang merekodkan status cuaca panas tahap berjaga-jaga.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Loading...
Terkini