comscore
Tumpuan :
Nasional

9 wanita dicekup terlibat dalam aktiviti persundalan 

Foto hiasan

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Sembilan wanita dicekup polis Terengganu kerana terlibat dalam aktiviti persundalan dengan menawarkan khidmat seks.

Dua daripadanya merupakan wanita tempatan dan selebihnya warga asing berasal dari Thailand, Indonesia, dan Laos.

Masing-masing berusia 23 hingga 45 tahun.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, ketika ditemui mengesahkan perkara itu.

Katanya, wanita terbabit dicekup dalam serbuan berasingan dilakukan pada 28 Disember lalu, di beberapa buah hotel bajet di Kuala Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan ditemui pada majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu.

Polis kini sedang menjalankan sisatan terperinci dan memburu dalang sindiket aktiviti persundalan dan pelacuran di negeri itu.

“Aktiviti persundalan bergiat aktif di Terengganu dan melibatkan daerah Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu dan turut bergiat aktif di pulau-pulau peranginan di sini”, katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu.

Bersabit dua tangkapan wanita tempatan, Datuk Mazli menjelaskan, kedua-duanya menjalankan aktiviti persundalan itu secara sambilan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Loading...
Terkini