comscore
Tumpuan :
Nasional

920 amil bertugas di Pahang

KUANTAN: Seramai 920 amil bertauliah yang dilantik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan bertugas menerima zakat fitrah di negeri ini, pada Ramadan kali ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata MUIP sedia menambah jumlah amil bertauliah sekiranya keadaan memerlukan.

Katanya, MUIP telah mengadakan sesi taklimat kepada setiap amil yang dilantik termasuk syarat yang ditetapkan seperti menyediakan resit pembayaran.

Juga bagi kemudahan pembayar zakat fitrah, MUIP turut menyediakan kemudahan pembayaran secara atas talian melalui ezakat.muip.gov.my dan QR Code Bank Muamalat.

Beliau menambah, pihak MUIP memberi amaran individu yang terbabit dengan aktiviti memungut zakat fitrah tanpa kebenaran boleh didakwa di bawah Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Asmadi berkata kadar zakat fitrah di Pahang tahun ini RM7.

Sepanjang Ramadan kali ini MUIP akan mengagihkan bantuan lebih RM20 juta kepada 38,965 golongan asnaf fakir dan miskin di negeri ini yang juga merupakan penerima zakat bulanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini