Oleh: Fareez Azman
KUALA LUMPUR: Seramai 94,778 mangsa banjir dari sembilan negeri direkodkan setakat jam 5 petang tadi.
Kelantan mencatatkan mangsa banjir teramai setakat ini dengan 63,761 orang dari 10 daerah terjejas.
KELANTAN
Daerah Pasir Mas paling teruk terjejas dengan 21,856 mangsa kini ditempatkan di 52 pusat pemindahan sementara (PPS), diikuti daerah Tumpat (10,173), Kota Bharu (8,483), Pasir Puteh (5,558), Kuala Krai (5,324).
Manakala daerah Machang, Tanah Merah, Bachok, Jeli dan Gua Musang masing-masing mencatatkan jumlah mangsa banjir diantara 500 hingga 4,000 orang.
Sebanyak 232 pps dibuka di negeri itu menempatkan 19,764 keluarga yang terjejas.
TERENGGANU
Di Terengganu, 22,511 mangsa daripada 6,358 keluarga ditempatkan di 228 pps ketika ini.
Daerah Besut mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi 10,867 mangsa ditempatkan di 101 pps ketika ini.
Diikuti daerah Setiu (4,544), Hulu Terengganu (4,152), Kemaman (1,519), Dungun (703), Marang (665) dan Kuala Terengganu (61).
KEDAH
Di Kedah pula sebanyak lima daerah terjejas setakat ini dengan 42 pps dibuka menempatkan 1,695 mangsa.
Daerah Kubang Pasu mencatatkan 2,320 mangsa diikuti Padang Terap (1,164), Kota Setar (976), Sik (625) dan Pokok Sena (533) mangsa.
NEGERI SEMBILAN
Negeri Sembilan pula mencatatkan 1,822 mangsa daripada 476 keluarga yang kini ditempatkan di 12 pps yang dibuka.
Tiga daerah terjejas, iaitu di Tampin sebanyak 1,127 mangsa diikuti Kuala Pilah (423) dan Jempol (272).
PERLIS
Perlis pula mencatatkan 485 orang mangsa daripada 143 keluarga ditempatkan di 2 pps.
SELANGOR
Di Selangor pula daerah Klang satu-satunya terjejas ketika ini dengan 311 mangsa daripada 76 keluarga ditempatkan di 2 pps.
JOHOR
Johor mencatatkan seramai 184 mangsa dari 51 keluarga yang ditempatkan di 3 pps setakat ini.
Ia melibatkan daerah Tangkak 160 mangsa dan Segamat 24 orang mangsa.
MELAKA
Melaka pula mencatatkan 66 mangsa dari 19 keluarga ditempatkan di 3 pps.
Tiga daerah terjejas setakat ini, iaitu di Jasin dengan 48 mangsa, Alor Gajah (14) dan Melaka Tengah (4) orang.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.