comscore
Tumpuan :
Nasional

961 kes kebakaran terbuka di Sabah sejak Januari hingga kini

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan sebanyak 961 kes kebakaran terbuka sejak Januari lalu hingga hari ini.

Pengarahnya Abdul Razak Muda dalam kenyataan malam ini berkata jumlah direkodkan itu melibatkan kes kebakaran belukar, lalang, kebun, ladang, hutan, gambut di seluruh Sabah.

Beliau berkata Tuaran adalah antara tujuh daerah merekodkan jumlah kes kebakaran terbuka paling tinggi iaitu 207 kes; diikuti Kota Kinabalu (165); Kota Belud (136); Penampang (60); Kuala Penyu (56); Kimanis (55) dan 50 kes di Papar.

“Hari ini, jumlah kes harian menyaksikan sebanyak 40 kes kebakaran terbuka direkodkan melibatkan kawasan seluas 95.29 hektar merangkumi belukar, lalang, hutan, kebun, ladang,” katanya.

Beliau berkata daripada jumlah itu juga kebakaran belukar dan lalang melibatkan keluasan 56.85 hektar, hutan (32.37 hektar) manakala kebun dan ladang sebanyak 6.07 hektar.– BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini