comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Abang maut, adik selamat, kereta rempuh pembahagi jalan

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut, manakala adiknya terselamat setelah kereta BMW dinaiki mereka terbabas dan merempuh pembahagi jalan di KM34 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) awal pagi tadi.

Menurut Timbalan Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail, mangsa, 37, yang maut terperangkap di bahagian penumpang hadapan dan dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Mangsa mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” kata Wan Md Razali.

Manakala adik mangsa, 35, tidak mengalami kecederaan dan bertindak keluar sendiri  daripada kenderaan sebelum anggota bomba tiba di lokasi.

Katanya, lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden itu, jam 5.06 pagi .

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Loading...
Terkini