comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Abang Polis’ selamatkan anak monyet terperangkap dekat pembahagi jalan 

Foto: Tangkap layar Facebook Friends of Trafik Ampang

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PETALING JAYA: Keprihatinan abang polis menyelamatkan seekor anak monyet yang terperangkap di pembahagi jalan dekat Jalan Lingkaran Tengah 2 menyentuh hati netizen.

Ia sekaligus membuktikan rasa tanggungjawab bukan hanya terhad kepada menjaga keselamatan orang awam, tetapi juga kepada makhluk ciptaan Allah yang lain.

Video Sarjan Hairil Abd Gapol dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, mula tular sejak semalam (Isnin) sehingga mendapat ratusan tanda suka sejak dikongsi di laman Facebook Friends of Trafik Ampang.

Tindakannya itu mendapat reaksi positif netizen yang memuji tindakan menyelamatkan anak monyet yang ketakutan dan terperangkap berkenaan daripada dilanggar.

Difahamkan ketika kejadian, Sarjan Hairil sedang memastikan laluan jalan raya bergerak lancar sebelum terlihat anak monyet itu.

Beliau kemudiannya bertindak menyelamatkannya dibantu seorang orang awam sementara anggota lain menjaga keselamatan di laluan bertentangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini