comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Abang rancang langsungkan perkahwinan Disember depan’ – Adik

Allahyarham Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36, (kiri) bersama keluarga.

SUNGAI BULOH: Allahyarham Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36, pereka dalaman yang dibunuh kejam di kediamannya di pangsapuri Bandar Sri Damansara semalam, sedang merancang melangsungkan perkahwinan Disember depan.

Perkara itu dikongsi adik Allahyarham, Muhammad Khairul Anas Abu Bakar, 31, yang ditemui Buletin TV3 di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh siang tadi.

Ujarnya, bagaimanapun hajat abangnya itu tidak kesampaian selepas Allahyarham telah pergi buat selamanya.

“Allahyarham dah bertunang, dia nak melangsungkan perkahwinan dijangka bulan Disember ini,” jelasnya.

Berkongsi cerita, Muhammad Khairul Anas menerima berita duka itu kira-kira jam 4 pagi semalam sebelum bergegas bersama keluarganya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Dapat tahu berita duka ini jam 4 pagi, polis maklum di rumah. Saya ambil adik, isteri dan mak terus ke IPD Petaling Jaya.

“Kalau ikutkan Allahyarham abang rancang hari ini dia nak balik ke Kulim sempena cuti Hari Malaysia. Sebab nak bawa mak temu janji (doktor) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebab mak pun tak sihat,” jelasnya lagi.

Namun, keluarga terutama ibunya redha dengan kejadian yang menimpa Allahyarham Muhammad Sharqawi itu.

“Mak sekarang dalam fasa untuk dia terima keadaan. Keluarga memang nak keadilan untuk arwah,” ujarnya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini