comscore
Tumpuan :
Nasional

Abdul Hadi dalam pengawasan doktor IJN – Setiausaha Sulit

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

KUALA TERENGGANU: Kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, kini dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan pengawasan doktor selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Marang berusia 76 tahun itu dilaporkan berada di IJN untuk menjalani pemeriksaan jantung sejak 1 Januari lalu.

Setiausaha Sulit kepada Presiden PAS, Zaihan Mohd Daud, berkata Abdul Hadi dinasihatkan berehat sementara di IJN dengan pengawasan doktor.

“Keadaan kesihatan Abdul Hadi stabil, namun beliau perlu mengambil masa untuk berehat dengan pengawasan doktor di IJN,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan ke IJN untuk menziarahi Abdul Hadi dan bekas penasihatnya ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, Prof Ziauddin Sardar.

Bagaimanapun, Perdana Menteri dipetik berkata, beliau tidak sempat bertemu Abdul Hadi kerana Ahli Parlimen Marang itu sedang menerima rawatan dialisis selepas menjalani beberapa prosedur kesihatan.

Loading...
Terkini