comscore
Tumpuan :
Nasional

Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Pengerusi, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan warga kerja PUNB merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Acryl Sani.

“Kami yakin dapat bekerjasama rapat dengan Tan Sri Acryl dan memanfaatkan pengalaman luas serta pandangan strategik beliau dalam pembangunan usahawan Bumiputera di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Acryl Sani menggantikan Datuk Ahmad Nazlan Idris yang telah melepaskan jawatan pengerusi PUNB, pada 20 Disember 2022.

Ketika ini, beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Dagang NeXchange Bhd.

Acryl Sani memiliki Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

PUNB syarikat milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan pembabitan Bumiputera dalam bidang keusahawanan serta melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif serta berjaya.

Bermula Oktober 2018, PUNB diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.

Loading...
Terkini