comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ada bukti cubaan ahli hapus buku berkait doktrin, ajaran diperjuangkan GISBH

Sebahagian besar buku dilihat sudah dibakar dan keadaan lokasi masih berbau asap, manakala buku yang lebih tebal dan besar ditanam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Puluhan buku berkaitan ajaran dan doktrin yang diperjuangkan GISB Holdings (GISBH) ditanam di tepi sungai berdekatan kediaman pengikut kumpulan berkenaan di Kampung Panji, di sini.

Difahamkan, buku terbabit dipercayai ditanam selepas Ketua Pegawai Eksekutif GISBH ditahan polis kelmarin.

Malah, sebahagian besar buku pula dilihat sudah dibakar dan keadaan lokasi masih berbau asap, manakala buku yang lebih tebal dan besar ditanam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

FOTO: NSTP

Taktik licik kumpulan terbabit dikesan menerusi operasi Op Global yang dilakukan Polis Kelantan di Kampung Panji, di sini, hari ini.

Menerusi Op Global bermula jam 7 pagi itu turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).

Wartawan yang turut menyertai operasi terbabit mendapati lebih 30 penghuni termasuk lebih 20 kanak-kanak yang mendiami tiga kediaman itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Kebanyakan penghuni di kediaman terbabit adalah keluarga kepada CEO GISBH termasuk isteri, menantu dan cucu.

Berdasarkan penghuni terbabit, mereka sudah mendiami kediaman itu sejak puluhan tahun lalu dengan ahli yang sering bertukar-tukar.

Media sebelum ini melaporkan beberapa pemimpin kanan termasuk CEO GISBH dan isterinya antara ditahan polis awal pagi tadi dalam Op Global susulan laporan rumah amal kendalian syarikat itu didakwa melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini