comscore
Tumpuan :
Nasional

Ada pihak cuba ambil kesempatan kutip dana bantu anak-anak ahli GISBH

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. – FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan individu tertentu cuba mengambil kesempatan dengan mengumpul dana untuk membantu anak-anak ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata posting itu dikesan dimuat naik di laman Facebook.

“PDRM turut mengesan posting yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Dzulkifli Salleh dalam Facebook Page Meru & Bukit Kapar Komuniti… bagi mengumpul dana untuk membantu anak-anak ahli GISBH yang terkesan akibat isu ini,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan usaha tersebut yang dipercayai cubaan untuk mengambil kesempatan atas isu ini.

Dalam masa sama, PDRM turut menyeru masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan bagi kes ini kepada pihak polis.

“Selain itu, PDRM juga menasihatkan kepada tahanan yang telah dibebaskan dengan jaminan agar tampil kepada pihak polis sekiranya memerlukan sokongan kebajikan.

“PDRM komited untuk membawa individu yang bertanggungjawab ke muka pengadilan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan keamanan dan ketenteraman masyarakat terus terpelihara,” jelasnya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini