comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Adik maut dipercayai dicekik abangnya

 

MELAKA: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai dicekik abangnya usia 14 tahun dalam kejadian di Bukit Piatu di sini hari ini.

Menurut saksi Qhurun Ain Johani 31 tahun yang juga jiran mangsa, dia sempat menepis tangan abang mangsa selepas melihat muka mangsa kebiruan.

Tambahnya lagi, dia kemudian menjerit meminta tolong dengan jiran yang lain agar segera menghubungi ambulan untuk mendapatkan bantuan.

Katanya, dia menerima panggilan daripada ibu kanak-kanak terbabit kira-kira jam 12 tengah hari yang meminta tolongnya untuk ke rumah dan melihat anak ketiganya yang didakwa dicekik oleh abangnya selepas melihatnya menerusi kamera litar tertutup di telefon bimbit.

Ujarnya lagi, sebaik tiba di rumah jirannya itu hanya terdapat dua beradik berkenaan di ruang tamu dan ketika itu anak ketiga jirannya itu sudah terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala abangnya seakan tidak sedarkan diri (dirasuk).

Maknya hanya tiba tidak lama selepas itu.

Katanya, dia difahamkan mangsa tidak ke sekolah hari ini kerana sakit mata dan ditinggalkan bersama abang sulungnya.

Beliau memberitahu abang mangsa seorang remaja yang baik tetapi difahamkan kebelakangan ini dia beberapa kali meracau dipercayai akibat pernah menjadi mangsa buli.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Loading...
Terkini