comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Aduan Rakyat: Pemasangan CCTV, buru dalang pembakaran terbuka di tanah perkuburan

 

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

KLANG: Isu pembakaran sampah terbuka melibatkan tanah perkuburan di Setia Alam mendapat perhatian segera Majlis Bandaraya Shah Alam.

Datuk Bandarnya, Cheremi Tarman turun padang untuk meninjau sendiri lokasi kejadian yang didakwa menjejaskan penduduk setempat.

Menyedari kebimbangan berkenaan, MBSA telah mengambil tindakan awal dengan perancangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memburu dalang yang melakukan kegiatan terbabit.

Ini termasuk kerja-kerja pembersihan yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kita akan pindahkan dua atau tiga cctv dari kawasan lain untuk pantau kawasan ini secara konsisten dan kerja-kerja pembersihan akan dilakukan dalam masa tiga hari.

“Ada sesetengah tanah ada pemilik jadi kita sudah maklumkan kepada pejabat tanah untuk beri laluan kepada pihak berkuasa. Kita juga akan hantar notis kepada pemilik tanah untuk tindakan seterusnya,” katanya kepada Buletin Tv3 hari ini.

Ujar Cheremi, kompaun maksimum RM250,000 terhadap si pelaku sekiranya didapati bersalah.

Menurutnya lagi, lokasi itu juga pernah dibersihkan sebelum ini namun perbuatan seumpama itu sering kali berulang.

Beliau dalam masa sama menyeru masyarakat setempat agar tampil menyalurkan maklumat sekiranya wujud kelibat individu yang mendalangi perbuatan terbabit.

 

Semalam, Aduan Rakyat membawakan keluhan penduduk Taman Setia Permai 2 yang terpaksa berdepan dengan bau asap berbahaya susulan aktiviti tidak bertanggungjawab itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini