comscore
Tumpuan :
Nasional

ADUN Endau terbabit kemalangan

 

MERSING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib berdepan detik cemas selepas kereta yang dipandu suaminya terbabas dalam kemalangan di Kilometer 28, Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat sini, jam 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, akibat kemalangan itu Alwiyah cedera di dagu dan mulut serta menerima 19 jahitan.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna ( MPV) Nissan Serena yang dipandu suaminya bersama enam ahli keluarga yang lain.

“Kenderaan yang dipandu suami Alwiyah dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Mersing dipercayai telah hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum terbabas ke tepi jalan” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dua tahun lalu, Alwiyah dari Perikatan Nasional (PN) menang dalam pertembungan lima penjuru.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini