JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegur wrganet agar berhenti mempersenda kejadian seorang pesakit orang kurang upaya (OKU) yang maut selepas terjatuh dari Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini semalam.
“Tidak wajar perkara sensitif seperti itu dijadikan bahan lawak.
“Lagi terganggu dengan komen ‘kenapa tak ‘backflip’ je’ ( terjun balik kuang). Lawak ke dengan apa yang dilalui orang lain?, ” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.
Beliau sendiri mengakui terganggu dengan video kejadian berkenaan sejak tular di media sosial semalam.
Marina turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Semalam, seorang pesakit OKU berusia 22 tahun maut selepas terjatuh dari bangunan HSI sebelum insiden itu tular dalam media sosial.