Tumpuan :
Nasional

ADUN Sungai Sibuga meninggal dunia

Foto: Mohamad Hamsan Awang Supain/Facebook

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di sini, pada jam 11.20 malam tadi.

Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah sebelum itu dimasukkan ke wad hospital berkenaan akibat serangan jantung.

Khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh pegawai khasnya, Azizul Nasry ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Azizul berkata, jenazah Mohamad Hamsan dibawa balik ke rumahnya di Taman Kong Lok, Sandakan untuk urusan pengebumian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini