comscore
Tumpuan :
Nasional

Agenda reformasi tatakelola, antirasuah tekad kerajaan rencana hala tuju negara

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Agenda reformasi tatakelola pentadbiran, selain hal berkaitan integriti dan antirasuah terus menjadi tekad serta keutamaan Kerajaan MADANI dalam merencana hala tuju negara yang lebih baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dikongsikan sewaktu sesi perjumpaan bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola Integriti dan Anti Rasuah Dewan Negara di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

“Walhasil, pelbagai isu telah dibincangkan dalam menjulang agenda reformasi yang dirancang ini termasuk mengadakan sesi libat urus, selain mengesyorkan cadangan penambahbaikan agar usaha dalam mereformasikan institusi dapat dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini