comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong berangkat ke China sempena Lawatan Negara

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke China pagi tadi untuk Lawatan Negara selama empat hari atas jemputan Presiden Xi Jinping.

Ia merupakan lawatan pertama Seri Paduka Baginda ke republik itu selepas menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Pesawat khas yang membawa Sultan Ibrahim berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang kira-kira jam 9.40 pagi.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Mengiringi lawatan itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul turut hadir mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Sebelum berangkat, Sultan Ibrahim berkenan menerima Hormat Diraja daripada Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada enam pegawai dan 114 anggota, sebelum lagu Negaraku dimainkan dengan diiringi tembakan meriam 21 das.

Lawatan Yang di-Pertuan Agong mencerminkan keutuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang kian berkembang pesat sejak dinaik taraf kepada Kerjasama Strategik Komprehensif pada 2013.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Lawatan itu juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini