comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong berangkat tiba di China untuk Lawatan Negara

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

BEIJING: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di China untuk Lawatan Negara selama empat hari, atas jemputan Presiden Xi Jinping.

Ia lawatan pertama Baginda ke republik itu selepas menaiki takhta 31 Januari lalu.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Pesawat khas yang membawa Sultan Ibrahim dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor kira-kira 9:40 pagi tadi, selamat mendarat di Terminal Rasmi, Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing 3.30 petang.

Keberangkatan tiba Baginda disambut Naib Menteri Luar China Sun Weidong.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Hadir sama Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dan Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad.

Sultan Ibrahim kemudian menerima penghormatan daripada kawalan kehormat anggota Angkatan Tentera Rakyat China.

Mengiringi Yang di-Pertuan Agong dalam lawatan itu ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini