
KOTA TINGGI: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat melawat mangsa banjir di daerah ini.
Keberangkatan Sultan Ibrahim diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani, Ketua Polis Johor Datuk M Kumar dan Pegawai Daerah Kota Tinggi Miswan Yunus.
“Seri Paduka Baginda melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi, yang kedua-duanya menempatkan kira-kira 390 orang mangsa banjir daripada 106 keluarga,” menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Setakat jam 4 petang, Johor merekodkan pertambahan mangsa banjir, kini tinggal seramai 3,280 orang yang ditempatkan di 35 PPS.
Daerah Kota Tinggi masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,273 orang, diikuti Johor Bahru (776 orang), Pontian (679orang) dan Kluang (534 orang).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.