comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong dan Permaisuri hadir acara kemuncak 100 tahun UPSI

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

TANJUNG MALIM: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Makan Malam sempena Kemuncak Sambutan 100 Tahun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah Tanjung Malim malam ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis Makan Malam ‘Seluhur Budi Sekalung Kasih’ terbabit dianjurkan sempena meraikan sambutan ke 100 tahun pusat pengajian yang bermula pada era Sultan Idris Training College (SITC) pada 29 November tahun 1922.

Pada majlis terbabit, baginda turut berkenan melancarkan setem komomeratif 100 tahun UPSI dengan kerjasama Pos Malaysia.

 

Selain itu,turut dilancarkan syiling edisi khas hasil koloborasi bersama Bank Negara.

Turut berkenan berangkat ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin.

Dalam pada itu, Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata melalui perancangan masa depan pihaknya mensasarkan kedudukan ranking 150 terbaik dunia.

Loading...
Terkini