comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong Dukacita, Pembatalan Ordinan Darurat Belum Diperkenan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah -Foto NSTP

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan walhal belum lagi mendapat perkenan baginda.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

“Seri Paduka Baginda mengesakan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Agong menegaskan kenyataan itu bercanggah, mengelirukan di Parlimen juga membelakangi fungsi, kuasa Agong selaku Ketua Utama Negara.

Loading...
Terkini