comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara.

Mesyuarat yang berlangsung sejak semalam dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Mesyuarat bermula jam 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Tuanku Syed Sirajuddin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.

Mesyuarat turut dihadiri  Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Hadir sama pada mesyuarat hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Premier.

Mesyuarat ini kali terakhir diadakan pada 29 dan 30 Jun lalu yang dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Loading...
Terkini