comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong jalani prosedur, pemeriksaan kesihatan susulan di IJN

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani prosedur dan pemeriksaan kesihatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, selama beberapa hari bermula hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan bahawa Seri Paduka akan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara selepas menjalani pemeriksaan kesihatan itu yang dijangka selesai hujung minggu ini.

Beliau berkata, kesihatan baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

“Seri Paduka dijadualkan menjalani prosedur itu pada pertengahan September lalu tetapi ia telah ditangguhkan.

“Penangguhan itu berikutan keberangkatan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, ke London, United Kingdom (UK), selama lima hari bermula 16 September lalu bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara mendiang Ratu Elizabeth ll,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, seluruh rakyat diminta mendoakan Seri Paduka menjalani prosedur dan pemeriksaan kesihatan susulan dengan lancar serta dikurniakan keafiatan berpanjangan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini