comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Permaisuri doakan keamanan, kemakmuran, kebahagiaan

 

Foto: Istana Negara/ Facebook

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Natal kepada masyarakat yang beragama Kristian di negara ini.

Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Istana Negara.

Baginda turut mendoakan agar perayaan itu membawa keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat beragama Kristian di Malaysia.

Loading...
Terkini