comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Orang Kaya Indera Perba Jelai

FOTO: FB Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Orang Kaya Indera Perba Jelai negeri Pahang Datuk Wan Abdul Rahman Wan Ibrahim yang kembali ke rahmatullah hari ini.

Turut menzahirkan ucapan takziah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” menurut catatan itu. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini