comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Putera mahkota Abu Dhabi lawat pameran LIMA ’23

FOTO: Istana Negara/Facebook

LANGKAWI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan berkenan berangkat melawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi, LIMA ’23.

Ketibaan Seri Paduka dan Putera Mahkota Abu Dhabi kira-kira jam 12 tengah hari, disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

FOTO: Istana Negara/Facebook

Al-Sultan Abdullah dan Sheikh Khaled kemudian berkenan melawat dan mendengar penerangan berhubung operasi syarikat yang membuka ruang pameran di LIMA ’23.

Baginda berdua turut berkenan menyaksikan persembahan pertunjukan udara pelbagai negara, termasuk pasukan aerobatik Al-Fursan dari Emiriyah Arab Bersatu UAE.

FOTO: Istana Negara/Facebook

Al-Fursan bermaksud ‘The Knights’, yang terbang dalam formasi tujuh pesawat jurulatih jet Aermacchi MB339A ditubuhkan pada awal 2010 dan ini adalah penampilan umum pertama pasukan itu sejak 20 Januari 2010.

Sheikh Khaled, yang dalam lawatan khas empat hari ke Malaysia sejak 21 Mei, turut menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam.

Loading...
Terkini