comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama pemimpin kerajaan, perwakilan asing

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan serta perwakilan asing di Istana Negara di sini, malam ini.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Majlis dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perwakilan asing yang hadir pula antaranya dari Jordan, Arab Saudi, Mesir, Qatar, Turkiye, Palestin, Rusia, Azerbaijan, Indonesia dan Brunei.

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama tetamu dengan diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah di Surau Utama Istana Negara.

Ini merupakan majlis berbuka puasa pertama Sultan Ibrahim bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan sejak Seri Paduka Baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini