comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Raja Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga PDRM

Sultan Ibrahim diiringi Razarudin ketika hadir majlis berbuka puasa bersama warga PDRM. FOTO: Ihsan FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini hari ini.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM disambut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menunaikan solat fardu Maghrib secara berjemaah bersama  hadirin di Masjid Sallehin, Pulapol.

Seri Paduka Baginda berdua kemudian berangkat ke Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim bagi majlis berbuka puasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini