comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada Liek Hou

Foto: Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada juara Paralimpik Tokyo 2022 Cheah Liek Hou yang merangkul gelaran perseorangan lelaki ketujuhnya pada Kejohanan Para Badminton Dunia.

Turut menzahirkan ucapan tahniah, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Semoga dilimpahi kecemerlangan berterusan,” titah Seri Paduka berdua menerusi poster dikongsi Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

Atlet berusia 34 tahun itu merampas kembali gelaran perseorangan SU5 (kecacatan fizikal) daripada pesaing utamanya Dheva Anrimusthi dari Indonesia dengan kemenangan 21-14, 21-12 di Yoyogi National Gymnasium di Tokyo, Jepun, semalam.

Bagaimanapun, Liek Hou dan gandingannya Mohamad Faris Ahmad Azri tewas 13-21, 12-21 kepada Dheva-Hafizh Briliansyah Prawiranegara dalam aksi final beregu lelaki sekali gus gagal meraih gelaran keenamnya untuk acara tersebut.

Liek Hou muncul juara perseorangan pada 2005, 2007, 2011, 2013, 2015 dan 2017, manakala bagi beregu, beliau meraih kejuaraan pada 2005, 2007, 2011, 2013 dan 2015.

Beliau tewas pada pusingan separuh akhir perseorangan lelaki kepada Dheva pada edisi 2019.

Loading...
Terkini