comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong, Raja Permasuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.

Seri Paduka Baginda turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.

“Saya sentiasa bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dikurniakan seorang isteri dan ibu yang amat penyayang kepada anak-anak.

“Begitu besar pengorbanan serta kasih sayang yang dicurahkan Raja Zarith dalam membesarkan mereka.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga sentiasa merahmati Almarhumah bonda, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin. Al-Fatihah,” titah Seri Paduka Baginda.

Ucapan Seri Paduka berdua dizahirkan menerusi poster Selamat Hari Ibu yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim hari ini.

Dalam pada itu, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Ayer Keroh di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong pada 10.30 pagi, diiringi isteri Yang Dipertua Negeri Melaka Toh Puan Asmah Ab Rahman.

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Zuriyah Ab Aziz.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini