comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong santuni keluarga penunggang motosikal maut kemalangan

Foto: Istana Negara/Facebook.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan turun daripada kenderaan rasmi Seri Paduka untuk menyantuni keluarga penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di Batu 12, Jalan Kuantan-Gambang, Pahang hari ini.

Menurut hantaran Istana Negara di Instagram, pada waktu itu, Al-Sultan Abdullah dalam perjalanan dari Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang ke Istana Negara di sini, sebelum konvoi kenderaan Seri Paduka melalui lokasi kemalangan itu.

“Seri Paduka menzahirkan rasa sedih dengan kemalangan yang telah meragut nyawa penunggang motosikal itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu,” menurut hantaran berkenaan.

Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. — BERNAMA

Loading...
Terkini