Tumpuan :
Nasional

Agong terima menghadap Panglima ATM

Foto: Sultan Ibrahim/Facebook

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu di Istana Negara hari ini.

Dalam perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim, turut menghadap adalah bekas Panglima ATM Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Mohd Nizam dilantik sebagai Panglima ATM ke-23 pada 31 Januari lepas dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA) Markas ATM.

Beliau menggantikan Mohammad yang bersara wajib selepas berkhidmat hampir empat dekad bersama ATM.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada Mohammad atas jasa serta sumbangan beliau dalam ATM.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini