comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong terima menghadap Tan Sri Johari di Istana Negara

FOTO: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar / Facebook

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, di Istana Negara.

Pertemuan dikongsikan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tan Sri Johari dalam hantaran menerusi akaun Facebook miliknya pula menyatakan pihaknya memaklumkan kepada baginda mengenai persiapan Parlimen Malaysia dan urusan Dewan Rakyat yang bakal berlangsung bermula 26 Februari ini.

“Saya menyembah maklum kepada baginda berkenaan persiapan Parlimen Malaysia dan urusan Dewan Rakyat yang bakal berlangsung bermula 26 Februari ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini