comscore
Tumpuan :
Nasional

Ahli Farmasi maut dilanggar pemandu lori positif dadah

Sebuah lori jenis Volvo dari arah bertentangan telah terbabas memasuki laluan dan bertembung dengan kenderaan mangsa.

Oleh: Kumaran Rajamoney

SUNGAI PETANI: Seorang ahli farmasi maut dalam satu kemalangan di Jalan Sidam, di sini malam tadi akibat dilanggar lori.

Ketika kejadian, mangsa Siti A’isyah Idris, 23 yang memandu kereta jenis Toyota Yaris, bersama seorang lagi penumpang wanita dipercayai sedang dalam perjalanan ke Kulim dari arah Sungai Petani.

Bagaimanapun tiba di lokasi, sebuah lori jenis Volvo dari arah bertentangan telah terbabas memasuki laluan dan bertembung dengan kenderaan mangsa.

“Pemandu lori itu telah mengelak sebuah motosikal sebelum kenderaannya terbabas ke laluan mangsa. Akibat pelanggaran itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.”

Keadaan kereta mangsa yang remuk akibat dilanggar lori.

“Penumpang kereta pula mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke HSAH untuk dibedah siasat.

Polis katanya telah menahan pemandu lori, pemeriksaan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine dan MOP.

Siasatan awal mendapati kecuaian pemandu lori yang telah memasuki laluan mangsa yang menyebabkan kemalangan.

Siasatan di bawah Sek 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini