comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Ahli GISBH macam hidup dalam dunia sendiri’ – penduduk

Polis Selangor dan JAIS membawa penghuni GISBH untuk siasatan selanjutnya selepas menyerbu kawasan pusat perniagaan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh rangkaian GISBH, di Bandar Country Homes. – FOTO: NSTP

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

RAWANG: Ahli-ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) didakwa hidup dalam dunia sendiri hanya memilih kelompok-kelompok tertentu untuk bergaul.

Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali kebanyakan ahli-ahli GISBH ini memencilkan diri dan tidak begitu ramah dengan masyarakat setempat.

“Mereka macam dalam dunia sendiri, I tak depend on you, I tak perlukan you, sebab kita ada komuniti sendiri, dia rasa dia boleh berdikari, tapi kita kalau seorang yang beragama, takkan tak ada senyum, tak ada hulur tangan ke.

“Saya nampak karakter mereka ni macam terasing sikit, ada yang jumpa senyum tapi saya pernah dapatkan khidmat perubatan di klinik mereka, langsung tak peramah, stress ke sama ada mereka anggap saya orang luar, itu tak pasti,” katanya kepada media.

Ujarnya, sehinggakan ada yang dilihat seolah-olah meletakkan diri di tahap yang lebih tinggi berbanding masyarakat umum.

Selain kurang dilihat menunaikan solat Jumaat bersama kariah setempat, mereka juga didakwa tidak membenarkan orang lain menggunakan fasiliti mereka untuk menunaikan solat fardhu.

“Saya pernah melawak nak tanya macam mana nak masuk GISBH ni, dia macam mengelak lah, yang keduanya dia cuba nak teliti saya siapa, dia ambil gambar kita, setiap pemimpin yang jumpa mesti ambil gambar, saya rasa macam pelik pulak.

“Yang kerja sini tu remaja ramai, tapi tak nampak, kita di sini orang Islam ramai dalam dua kilometer tu kita ada lima masjid, lima tu biasa hampir-hampir penuh untuk solat Jumaat, macam kurang nampak muka-muka yang bertugas tu, kadang-kadang nampak orang yang sama macam ketua-ketua, tapi ahli-ahli tu tak tahu kat mana mereka solat Jumaat lah,” katanya.

Terdahulu PDRM menyerbu ‘markas GISBH’ di Bandar Country Homes, yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan, menerusi operasi yang dijalankan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini