comscore
Tumpuan :
Nasional

[LANGSUNG] Ahli Parlimen dilarang buat siaran langsung

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen tidak lagi dibenar membuat penstriman langsung menerusi media sosial ketika sedang berucap di Dewan Rakyat, bermula hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata trend Ahli Parlimen memasang peranti seperti telefon bimbit di meja masing-masing untuk membuat perstriman langsung semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Beliau mendapati Ahli Parlimen hilang fokus di Dewan Rakyat apabila bercakap atau berinteraksi dengan audiens menerusi media sosial.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul

Katanya, mengikut Peraturan Mesyuarat 35(1), Ahli Parlimen perlu mengarahkan ucapan kepada Pengerusi mesyuarat.

“Untuk memastikan Yang Berhormat mematuhi Peraturan Mesyuarat 35 (1), saya dengan ini menetapkan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak lagi dibenarkan untuk memasang sebarang peranti bagi membuat ‘live streaming’ dalam Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada permulaan sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Tambahnya, persidangan Dewan Rakyat boleh ditonton melalui YouTube rasmi Parlimen Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan media massa lain.

Loading...
Terkini