comscore
Tumpuan :
Nasional

Ahmad Terrirudin dilantik Peguam Negara baharu

Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh. – Foto: NSTP

PETALING JAYA: Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa 6 September ini.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Ahmad Terrirudin selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Beliau menggantikan Tan Sri Idrus  Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September ini.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Idrus Harun atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” katanya.

Loading...
Terkini