comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Aidilfitri: Media Prima rai lebih 4,000 pelanggan, rakan kongsi

 


KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad meraikan lebih 4,000 pelanggan, rakan kongsi serta syarikat perniagaan dalam Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri di ibu negara, siang tadi.

Penganjuran acara itu meriah selepas empat tahun tidak diadakan antaranya disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid (kiri) dan Husain di samping Amirudin (tengah) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) yang menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MPB di Kuala Lumpur, hari ini. -FOTO: NSTP

“Alhamdulillah saya boleh host hari raya open house kita pada hari ini empat tahun kami tak melaksanakan open house alhamdulillah tahun ni berjaya juga didatangi oleh semua pelanggan dan juga partner2 kami di Media Prima.” kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiz Razali.

Majlis bermula jam 4 petang itu turut dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP & BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit dan Pengarang Kumpulan News Straits Times, Farrah Naz Karim.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan antaranya Amira Rosli, Amar Baharin, Nabila Razali dan Hael Husaini.

Loading...
Terkini