comscore
Tumpuan :
Nasional

AIM sumbang RM14,250 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima

Pengurus Besar Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Kelantan, Mohd Abu Samah Mohd Daud (dua kanan) menyampaikan sumbangan sebanyak RM14,250 kepada wakil Media Prima Berhad (MPB) Kelantan, Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi (kiri) untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.-Foto: NSTP

KOTA BHARU: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Kelantan hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM14,250 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Pengurus Besar AIM Wilayah Kelantan, Mohd Abu Samah Mohd Daud berkata sumbangan berkenaan diberikan bagi membantu meringankan beban rakyat Palestin yang dilanda perang.

Katanya, sumbangan itu dikutip menerusi penjualan mafla dan kutipan peribadi daripada 225 kakitangan dan usahawan di bawah AIM di seluruh Kelantan dari Oktober hingga akhir tahun lalu.

“Diharapkan dengan sumbangan ini dapat membantu dan meringankan beban rakyat Palestin,” katanya pada sidang media di Majlis Penyerahan Replika Cek di H Elite Design Hotel di sini, hari ini.

Sumbangan diserahkan Mohd Abu Samah kepada wakil Media Prima Berhad (MPB) Kelantan, Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pejabat Pengerusi MPB, Azlan Abdul Aziz berkata MPB melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima sentiasa komited untuk membantu rakyat dan mangsa kekejaman di Gaza.

Katanya, setiap sumbangan akan disalurkan melalui agensi dan pertubuhan bukan kerajaan yang berpengalaman luas serta mempunyai kepakaran untuk menjalankan misi di wilayah itu.

“Terkini sebanyak RM1.9 juta sudah diedarkan untuk pembelian perubatan, makanan, air bersih dan barangan keperluan asas yang amat diperlukan. Bantuan-bantuan ini disalurkan dengan kerjasama Mercy Malaysia, Mycare dan Malaysian Relief Agency.”

“MPB ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AIM Kelantan dan juga penyumbang di atas sumbangan yang diberikan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini