comscore
Tumpuan :
Nasional

Air berbau minyak, LRA Sungai Linggi masih belum beroperasi

Foto fail NSTP

SEREMBAN: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini masih belum beroperasi berikutan air mentah masih mempunyai bau minyak yang kuat.

Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dalam kenyataan memaklumkan bau minyak yang kuat itu menyebabkan pengeluaran air terawat terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.

“Loji akan beroperasi semula setelah didapati tiada lagi pencemaran bau.

“Selain itu, penghantaran air menggunakan tujuh lori tangki Sains dilakukan dengan bantuan rakan operator iaitu Air Selangor, Pengurusan Air Pahang Berhad, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Syarikat Air Terengganu,” menurut kenyataan itu hari ini.

Justeru, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan dan menggunakan air secara berhemah semasa tempoh gangguan.

Disebabkan ini, sebahagian besar kawasan Port Dickson mengalami gangguan bekalan air termasuk di Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning, Tampin- Linggi sehingga sekitar kawasan Pekan Port Dickson hingga Lukut.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini