comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Air pasang besar diramal berlaku hingga Ahad

KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan pesisir pantai disaran berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) memaklumkan fenomena itu boleh menyebabkan limpahan air di kawasan darat yang seterusnya boleh mengakibatkan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

PHN juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk agensi berkaitan untuk maklumat keselamatan kawasan pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini. Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai paras pasang surut boleh dilayari di https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/. – BERNAMA

Loading...
Terkini